Mobile Legends: Bang Bang Invitational Diumumkan – Prizepool RM635,685

ONE Esports Mobile Legends: Bang Bang Invitational adalah satu lagi kejohanan terbesar untuk peminat permainan ini. Ia akan berlangsung pada 2 Mei hingga 5 Julai ini.

Menariknya, ia akan menjadi satu lagi kejohanan berprestij di Asia Tenggara dengan hadiah wang tunai terkumpul agak besar, AS$150,000 (RM635,685).

Bagi yang tidak tahu, MLBB mempunyai pemain dari Asia Tenggara, Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah dan India. MLBB sudah pun mempunyai lebih 1,200 pelayan (server) di seluruh dunia dan diterjemahkan dalam 25 bahasa.

Ini adalah jadual pusingan kelayakan dalam talian untuk negara-negara terlibat:

Indonesia dan Singapura: 2 hingga 3 Mei

Filipina dan Malaysia: 9 hingga 10 Mei

Thailand, Laos (gabung) dan Myanmar: 16 hingga 17 Mei

Ini adalah pecahan hadiah wang terkumpul mengikut ranking kemenangan:

  1. Juara: AS$50,000
  2. Naib juara: AS$25,000
  3. Tempat ketiga: AS$20,000
  4. Tempat keempat: AS$15,000
  5. Tempat kelima dan keenam: AS$8,000
  6. Tempat ketujuh dan kelapan: AS$6,000
  7. Tempat kesembilan dan kesepuluh: AS$4,000
  8. Tempat ke-11 dan ke-12: AS$2,000

Acara utama akan berlangsung pada 1 hingga 5 Julai ini di Jakarta, Indonesia.

Untuk info lanjut, anda boleh layari oneesports.gg. Pendaftaran akan dibuka pada 5 April.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+