Mobile Legends dedahkan hero baharu – Valentina

Moonton melalui Mobile Legends: Bang Bang baru-baru ini akan melancarkan hero baharu bagi bulan November, Valentina. 

Mengikut kisah yang disampaikan oleh Moonton, hero baru ini mempunyai kaitan dalam jalan cerita membabitkan Gusion and Aamon.

Selain itu, Valentina juga kini sedang diuji dalam Advance Server. Dataminer menyatakan bahawa hero baharu ini mempunyai Ultimate yang berkebolehan untuk meniru rupa dan kebolehan hero pihak lawan.

Buat masa ini, pihak Moonton masih belum mengumumkan tarikh rasmi bagi pelancaran Valentina. Mungkin kemunculan Valentina ini akan membawakan meta baharu ke dalam Mobile Legends.

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+