Mobile Legends: Facebook Kembali Menyertai MyA

Mungkinkah zaman kegemilangan Mysterious Assassin akan kembali?

Hari ini, Flash Vision mengumumkan bekas pemain MyA (yang kini dinamakan Honor MyA), Khor Hoi ‘Facebook’ Cean kini kembali menyertai skuad itu selepas beberapa lama ‘menghilangkan diri’ selepas tamatnya Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim pertama yang menyaksikan skuad itu meraih tempat ketiga.

Pengasas Flash Vision, Johnny Tan berkata, pada mulanya Facebook ingin mengasaskan satu pasukan lain di bawah nama MyA selepas kembali dari United Kingdom.

“Tapi sebaik saja dia (Facebook) berlatih bersama dengan line-up MyA yang sekarang dan berada di SUKMA Esports Experience dengan skuad itu, dia yakin pasukan ini berpotensi untuk pergi jauh.

“Itulah sebabnya dia ingin kembali bermain bersama MyA sekarang (Honor MyA),”

Kemasukan FB pastinya akan menguatkan lagi pasukan MyA untuk menghadapi kejohanan seterusnya.

“Saya rasakan MyA sekarang akan jadi pasukan yang lengkap dan sangat solid. Kami juga ingin sasarkan podium untuk setiap kejohanan akan datang,” 

Skuad terkini Honor MyA dianggotai oleh Shadow, Devo, Lmao, D Ace, Nina dan Facebook. Ini bermakna Padel dan Flint akan menjadi pemain simpanan untuk musim ini.

Pastinya selepas ini MyA akan memberikan persembahan lebih baik dengan kemasukan Facebook dan diharap mereka akan mengembalikan prestasi yang diidamkan peminat di Liga Profesional Mobile Legends musim pertama.

 

RELATED NEWS

+