Mobile Legends: FV.MyA Mendapat Tajaan Honor

Baru-baru ini, Flash Vision mengumumkan Honor sebagai penaja baru bagi skuad Mobile Legends mereka, FV.MyA. Honor adalah jenama peranti pintar dari Huawei Group.

Pengurus MyA, Benny Teh berkata, penajaan itu adalah satu usaha positif yang akan memberikan lebih banyak kebaikan kepada pemain profesional ini.

“Kami sangat berbesar hati dengan penajaan dari Honor yang menyokong usaha kami bagi meningkatkan industri e-sukan dalam negara.

“Dengan penajaan ini, MyA juga akan dinamakan sebagai Honor MyA dan mereka akan dilengkapi oleh produk peranti pintar terbaru dari Honor,”

Sempena penajaan ini, Honor MyA akan tampil sebagai tetamu khas dalam acara pelancaran produk terbaru Honor pada 7 Ogos ini di Sunway Pyramid.

Mysterious Assassin (MyA) sebelum ini memperoleh tempat ketiga dalam kejohanan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim pertama selepas menewaskan AirAsia Saiyan. 

Dalam perkembangan terkini, Honor MyA sedang bertanding dalam Mobile Star League (MSL) yang akan memulakan minggu ketiganya pada 31 Julai ini.

RELATED NEWS

+