Mobile Legends: Ini 8 Pasukan Yang Layak Ke Playoffs MPL MY/SG Musim Keempat

Selepas pertarungan sengit musim liga yang berlangsung selama enam minggu, akhirnya kita dah menemui lapan pasukan yang layak ke playoffs pada akhir Oktober nanti.

EVOS Esports SG berjaya untuk mendominasi musim liga apabila kekalahan mereka di playoffs tahun lalu berjaya ditebus kali ini. Dengan rekod 16 menang dan 5 kalah, mereka berjaya mengumpul 11 mata perbezaan perlawanan diikuti skuad Malaysia, TODAK di tempat kedua. Kedua-dua skuad ini berjaya memenangi tujuh set perlawanan dan hanya dua kekalahan.

Di tempat ketiga, skuad Axis Esports (yang dibarisi beberapa pemain Reborn) juga unggul dengan enam set yang dimenangi. Skuad Singapura, Resurgence pula hanya di belakang Axis dan Geek Fam pula seperti mencari rentak mereka selepas pertukaran roster sejak kehilangan dua pemain bintang.

Pasukan popular, Shopee Bosskurrr pula di kedudukan agak tercorot di tempat keenam diikuti skuad Singapura, Notorious Villains dan XPAX X-Assins pula di tempat kelapan (slot terakhir untuk ke playoffs).

Dengan ini, kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada skuad SG, Louvre Esports dan Sabah Top Player (STOP)

Pasukan STOP membuktikan dengan pemain yang masih belajar di sekolah menengah boleh melangkah jauh untuk layak ke musim liga meskipun mereka tidak memenangi sebarang set perlawanan.

Liga MPL MY/SG Musim Keempat ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

RM203,000 pula diberikan sebagai subsidi mingguan, bonus kemenangan dan anugerah prestasi bagi mereka yang layak ke musim liga. RM211,000 baki prizepool pula akan dapat direbut di playoffs nanti dijangka bermula pada akhir Oktober ini.

Foto: eGG Network

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+