Mobile Legends: “James merupakan tonggak utama kekuatan pasukan RRQ” – Calvin

Ketika berakhirnya kejohanan dunia peranti mudah alih Mobile Legends M2 baru-baru ini, semua peminat dikejutkan dengan pemergian Jamess sebagai jurulatih pasukan RRQ yang kini digantikan oleh Acil.

Berdasarkan temubual oleh pihak ONE Esports bersama pengasas pasukan RRQ, Calvin berkata “Jamesss telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebelum M2 dimulakan kerana ingin melanjutkan pelajaran”.

“Di saat M1, kami berjaya meyakinkan James kekal bersama kami untuk sementara sehingga dia harus menunda sambung belajar. Apa yang terjadi selepas itu adalah sejarah, kami berjaya meraih raih trofi yang banyak.”

“Usia Jamesss juga sudah tidak lagi muda (dalam dunia e-sukan), dia ingin mempersiapkan diri untuk masa depan setelah perjuangannya di dalam e-sukan selesai. Dengan melanjutkan pelajaran, maka pada masa hadapan Jamesss bakal mempunyai lebih banyak pilihan untuk berkarier di industri yang berbeza.”  ujarnya.

Calvin lalu bercerita dengan lebih jauh dan menyebut keputusan Jamesss berhenti bukan bererti dunia e-sukan tidak menawarkan peluang cerah.

Kata beliau lagi “RRQ sebagai sebuah pasukan selalu terbuka untuk pelbagai pilihan karier. RRQ bukan hanya soal bermain game, tetapi masih banyak hal lagi yang dapat dilakukan di belakang tabir, kami bekerjasama antara satu sama lain demi merealisasikan impian,” lanjutnya.

“Kami juga berbincang dengan Jamesss tentang kemungkinan bekerja di peringkat pengurusan. Dia tidak pernah mengatakan berkarier di dunia e-sukan tidak stabil, namun dia punya harapan untuk bersiap sedia dengan apa jua keadaan di masa hadapan.

Beliau mengakhiri kenyataan tersebut dengan menyatakan “Jamesss telah membuat sebuah sistem professional pada RRQ yang mudah untuk diikuti. Dia mempelajari lawan dengan baik, draft kami meningkat setelah kedatangannya.

“Itulah mengapa saya merasa Jamesss boleh dikatakan sebagai salah satu faktor kunci kejayaan RRQ,” tambahnya.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+