Mobile Legends: Komuniti ML Teruja Facebook Kembali Beraksi Di Pentas Profesional

Siapa tak kenal Khor Hoi Cean ataupun lebih dikenali sebagai Facebook? Satu nama yang tak asing lagi dalam industri Mobile Legends negara. 

Facebook pernah mengungguli carta top global dalam Mobile Legends, mendahului pemain-pemain profesional lain. Dia juga sangat handal bermain karakter Moskov, mendapat winning rate lebih 70% untuk lebih 3,000 perlawanan.

Facebook menjadikan Moskov sebagai hero utama dengan kemenangan lebih 70% untuk lebih 3,000 perlawanan.

Top global dengan 69% winning rate bagi 10,000 perlawanan

Di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim pertama pula, Facebook mencatatkan rekod yang baik dan menerima gelaran All Star dalam kategori Fighter bagi musim liga di samping Fredo, Rush, Padel dan HawkEye.

Dengan kemahirannya bermain marksman dan fighter, Facebook membantu MyA ketika acara MPL final yang mana menyaksikan skuad tempatan itu bertembung dengan pasukan pilihan, AirAsia Saiyan. Mereka kemudiannya memperoleh kemenangan ke atas skuad hebat itu selepas pertarungan sengit yang berlangsung.

Baca lanjut: MyA Berjaya Menundukkan AirAsia Saiyan

Selepas memperoleh tempat ketiga di MPL musim pertama, Facebook membuat keputusan untuk berhenti bermain Mobile Legends sebentar. Mengikut laporan dari Astro Awani, bukan setakat Facebook tapi pasukan itu menempuhi roster shuffle yang agak hebat, kehilangan permata seperti Soloz dan 2ez4jepv

Bagaimanapun, selepas sekian lama, akhirnya Facebook membuat comeback dan nyata berita ini mengejutkan komuniti Mobile Legends di Malaysia!

Baca lanjut: Facebook Kembali, Sertai MyA

Lihat saja komen dari ahli komuniti Mobile Legends senegara, semuanya teruja dengan comeback dari Xiao Li malah ada yang menganggap anak muda berusia 26 tahun ini sebagai idola dan inspirasi mereka untuk bermain dengan lebih baik! Cayalah!

Ryan Sinclaire menulis, Facebook menjadi inspirasinya untuk bermain ML dengan lebih baik dan turut memuji idolanya itu yang gemar bermain Moskov.

Hanafi pula menulis, Facebook adalah pemain terawal yang berada di top global ranked sebelum pemain pro lain.

Zul Akmal pula menganggap Facebook sebagai idolanya.

Ilham pula memuji gaya permainan Moskov oleh Facebook ketika acara E Curve, menentang AirAsia Saiyan.

Ahmad menulis di komen, menyukai gaya permainan Facebook yang sukakan teamwork dan kebijaksanaannya membeli item.

Arif pula terus straight to the point, memuji Moskov yang dimainkan Facebook.

Hazmirzan pula menulis; menganggap Facebook sebagai idola kerana persamaan hero yang dimainkan. Mengatakan winrate is just a number, skill is everything,”.

Sharqawi pula mengatakan Facebook adalah idola ramai ahli komuniti sejak dulu lagi.

Iqbal pula menulis; mengatakan Facebook adalah pemain yang sudah lama dalam industri.

Affendi mengatakan Moskov dimainkan Facebook hampir sama seperti Fredo memainkan Alucard.

Haziq mengatakan Facebook ibarat tulang belakang MyA, membantu pasukan itu maju ke depan.

Mior pula mendapat inspirasi untuk bermain Moskov selepas menyaksikan gameplay darinya.

Azarya pula menulis; Facebook adalah seorang yang berdedikasi dan mengorbankan banyak masa untuk sampai ke tahap itu.

Semestinya penulis sendiri teruja dengan comeback ini dan berharap Facebook dapat mempamerkan aksi yang hebat seperti dulu sekali gus membanggakan MysteriousAssassin sekali lagi!

RELATED NEWS

+