Mobile Legends: Kuja Akan Beraksi Sebagai Stand-In Untuk ICON Di MSL

Pengumuman last minute terjadi apabila pemain dari Icon iaitu Error dan Josh tak dapat menyertai Mobile Star League musim kedua yang akan berlangsung malam ini.

Pengunduran dua pemain itu dipercayai kerana komitmen kerja. Perhatikan pengumuman ini di Facebook page ICON MY:

Mereka juga meminjam khidmat Kuja atau nama penuhnya Ajwad Mohd Yusof dari Mystic Burden untuk beraksi sebagai stand-in sepanjang liga ini. 

Situasi yang berlaku ini bukanlah baru dalam arena esports. Sebagai contoh, baru-baru ini Ivan ‘Mind_Control‘ Borislavov dari Team Liquid beraksi menggantikan tempat Neta ‘33‘ Shapira kerana masalah VISA di The Kuala Lumpur Major Dota 2.

Ini adalah line-up penuh ICON di Mobile Star League musim kedua:

  • Cometopapa
  • Syno Mobile Legends
  • Unta ML
  • Kuja•MLBB
  • KETOM ICON
  • Scott ICON

Ikuti jadual di bawah ini untuk perlawanan pada hari ini, esok dan Rabu.

ICON akan bertemu juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim kedua, Saiyan Reborn pada jam 9:15 malam nanti.

Sementara itu, bekas skuad ASYN, Team Bosskur akan berentap dengan musuh lama mereka di MSC 2018 iaitu Aerowolf dari Indonesia. Pastinya perlawanan ini dinantikan peminat kerana kali terakhir ASYN (kini Team Bosskur) menarik diri dari kejohanan itu.

Kesemua imej ini dikreditkan kepada Mobile Star League. 

Baca lanjut:

RELATED NEWS

+