Mobile Legends: Loong, Rynn Dan Evilx Tubuhkan Skuad Baru Bagi Menghadapi MPL Musim Keempat

Selepas mengumumkan pengunduran mereka dari skuad Reborn yang juara MPL Musim Kedua, Loong, Rynn dan Evilx membuat keputusan untuk tubuhkan skuad baru bagi tujuan latihan bersama selain bersiap sedia menghadapi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY/SG Musim Keempat akan datang.

Turut menyertai mereka adalah Meepo dan Scoottt. 

Skuad baru yang dinamakan Atrox Esport itu baru saja ditubuhkan pada hari ini dan ini adalah line up penuh:

1. Loong

2. Rynn

3. Evilx

4. Meepo

5. Scoottt

Terdahulu, ketiga-ketiga mereka dilaporkan meninggalkan Reborn pasca MPL S3 selepas prestasi pasukan itu yang kurang memuaskan ketika musim liga dan kegagalan untuk melepasi hingga ke final. Bagaimanapun, sebab sebenar masih belum diumumkan oleh mana-mana ahli.

Semoga dengan skuad baru ini mereka berupaya mencapai prestasi yang lebih membanggakan kerana keserasian antara ketiga-tiga ahli sudah ada cuma penambahan dua ahli ini perlu dibiasakan dengan lebih lama lagi. Semoga berjaya!

Untuk maklumat lanjut mengenai Atrox Esport, korang boleh klik SINI.

Sumber gambar featured image: MPL MY/SG Musim Kedua

RELATED NEWS

+