Mobile Legends melancarkan koleksi NFT pertamanya di Binance

Mobile Legends: Bang Bang atau dikenali ramai sebagai MLBB adalah salah satu permainan mudah alih yang terbesar di rantau Asia. Malah, ia juga terkenal di seluruh dunia. Kini, permainan MOBA itu melancarkan koleksi NFT pertamanya melalui pelantar matawang kripto Binance NFT.

Digelar sebagai ‘The Aspirants’, koleksi ini akan menawarkan dua NFT yang menampilkan dua watak wanita yang terkenal dalam permainan itu, Layla dan Fanny.

Koleksi NFT ini akan menawarkan 12 kotak misteri unik dengan empat gred berbeza, setiap satu mengandungi figura digital dan animasi eksklusif watak-watak itu.

Bagi mereka yang tidak tahu, NFT ialah aset digital atau fizikal yang unik yang boleh dibeli atau dijual pada rantaian blok mata wang kripto. Setiap token atau item di pasaran adalah unik dan tidak boleh ditukar ganti, menjadikan sesetengah daripada mereka sangat mahal.

Mereka yang membeli kotak itu akan berpeluang memenangi EMOJI NFT ekslusif kostum siri Airdrop of The Aspirants.

Memandangkan NFT itu unik, kotak NFT ini akan dijual sebanyak 25,000 kotak sahaja.

Ini pula gred serta kostum yang ada:

Super Super Rare (SSR) – 0.60%

Blade of Kibou Fanny

Miss Hikari Layla

Super Rare (SR) – 7.40%

Skylark Fanny

Blazing Gun Layla

Rare (R) – 9%

Lightborn – Ranger Fanny

S.A.B.E.R. Breacher Layla

Christmas Carnival Fanny

Bunny Babe Layla

Normal (N) – 12%

Campus Youth Fanny

Green Flash Layla

Lifeguard Fanny 

Blue Specter

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web Binance di sini.

Sumber rujukan: Global News Wire

RELATED NEWS

+