Mobile Legends: MyA, Xpax X-Assins Dan ICON Layak Ke MPL Musim Ketiga

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Ketiga sudah pun menemukan tiga pasukan tempatan yang akan menyertai pasukan-pasukan lain pada musim liga nanti.

Mereka adalah Mysterious Assassin, Xpax X-Assins dan juga ICON.

Dalam pertempuran sengit di pusingan kelayakan akhir semalam, tiga pasukan ini berentap antara satu sama lain dengan satu lagi skuad tempatan, EDG Project. Walaupun Xpax kalah dengan ICON di semi-final, mereka bertemu EDG untuk Bronze Match dan berjaya melepasi pusingan itu lantas layak ke musim liga. Di bawah adalah senarai penuh pasukan yang akan berentap pada musim liga bagi MPL Musim Ketiga nanti:

  • Bigetron Esports (Singapura)
  • Bosskur Gaming
  • Evos Esports (Singapura)
  • Resurgence (Singapura)
  • Reborn
  • Geek Fam
  • Mysterious Assassin (MyA)
  • ICON
  • Xpax X-Assins

Sekarang hanya tinggal satu lagi pasukan Singapura yang akan menentukan nasib mereka di pusingan kelayakan nanti. Mereka akan bertarung bermula 26 hingga 27 Januari depan. Berita baik buat peminat Malaysia, kelayakan MyA ke musim liga adalah satu comeback kepada mereka selepas gagal berbuat demikian pada musim kedua. Banyak roster shuffle yang terjadi dan kali ini mungkin mereka sudah berada di dalam good form.

Bagi pasukan ICON pula, Kuja didapati menyertai pasukan itu sebagai pemain tetap selepas beberapa lama menjadi pemain simpanan. Dengan itu, Mystic MY kini dibubarkan.

Kuja kini menjadi pemain utama untuk ICON bagi MPL dan kejohanan lain.

Musim liga bagi MPL MY/SG S3 akan bermula pada 1 Mac hingga 7 April nanti dengan prizepool lebih dari USD100,000.

RELATED NEWS

+