melaporkan Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) musim ketiga kembali dengan enam pasukan jemputan diumumkan iaitu, Bosskur Gaming (bekas ASYN), Flash Tyrants, Evos SG, Bigetron SG, Team Reborn (Saiyan Reborn) dan Mystic."> melaporkan Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) musim ketiga kembali dengan enam pasukan jemputan diumumkan iaitu, Bosskur Gaming (bekas ASYN), Flash Tyrants, Evos SG, Bigetron SG, Team Reborn (Saiyan Reborn) dan Mystic." /> melaporkan Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) musim ketiga kembali dengan enam pasukan jemputan diumumkan iaitu, Bosskur Gaming (bekas ASYN), Flash Tyrants, Evos SG, Bigetron SG, Team Reborn (Saiyan Reborn) dan Mystic." />

Mobile Legends: Mystic Tarik Diri Dari MPL Musim Ketiga, Hilang Tiga Pemain

Semalam kami melaporkan Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) musim ketiga kembali dengan enam pasukan jemputan diumumkan iaitu, Bosskur Gaming (bekas ASYN), Flash Tyrants, Evos SG, Bigetron SG, Team Reborn (Saiyan Reborn) dan Mystic.

Tapi hari ini Mystic memuat naik satu posting di Facebook mengatakan mereka menarik diri dari liga itu.

3 orang pemain iaitu 2ez4jepv, Dominus dan Xorn mengundur diri dari skuad itu atas permasalahan yang tak dinyatakan. Ini bermakna mereka akan bertarung untuk slot melalui pusingan kelayakan terbuka pada 18 Januari nanti. 

Mereka juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Traitor dan ICON MY yang mungkin menggantikan slot mereka.

Berita ini pastinya susah diterima peminat yang dah pun menyokong mereka sejak dulu tapi keputusan harus dibuat. Penukaran roster bukanlah perkara baru kerana ia berlaku pada setiap musim baru yang bermula. 

Kami pasti Mystic akan comeback stronger dengan ahli baru dan mendapatkan keserasian mereka kembali. Semoga berjaya!

Sumber gambar: MPL dan eGG Network.

RELATED NEWS

+