Mobile Legends: OzoraVeki Dan Rumpel Sertai Geek Fam

Bekas pemain profesional League of Legends, OzoraVeki dan pemain baru dalam arena Mobile Legends, Rumpel kini menyertai skuad Geek Fam Mobile Legends Malaysia.

Veki atau nama sebenarnya Poon Kok Sing adalah bekas pemain Kuala Lumpur Hunters, skuad League of Legends negara yang memenangi pelbagai kejohanan antaranya LCM Spring Playoffs 2018, Hyperplay 2018 dan pernah menyertai Garena Star League (GPL).

Bagi yang belum tahu, penghijrahannya ke arena Mobile Legends bukanlah perkara baru kerana sebelum ini, beliau menyertai skuad Flash Vision pada Oktober tahun lalu.

Artikel berkaitan: OzoraVeki sertai Flash Vision

Dengan kehebatannya sebagai pemain Top Global Lunox, Veki pastinya akan mempamerkan prestasi lebih baik bersama Geek Fam bagi persediaan ke Liga Profesional Mobile Legends (MPL MY/SG) musim keempat nanti.

Ikutinya di Facebook: OzoraVeki

Sementara itu, Rumpel pula adalah pemain baru yang berbakat dan pernah memenangi beberapa kejohanan kecil MLBB. Menjadi pemain yang baru, anak muda ini juga akan buktikan yang terbaik dalam skuad Geek Fam nanti.

Secara keseluruhan, ini adalah roster penuh Geek Fam MLBB Malaysia:

  • 2ez4jepv
  • Feekz
  • Xorn
  • Dominus
  • Artz
  • Rippo
  • OzoraVeki
  • Rumpel

Dengan pengumuman dua pemain berbakat ini, mereka akan membuat kemunculan di MPL MY/SG S4. Bagaimanapun, pastinya akan ada rotasi dibuat kerana syarat untuk bermain di musim liga bagi pasukan jemputan terus ialah mengekalkan 60% pemain dari lineup musim lalu.

Gambar featured image: Garena LOL

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+