pernah ke Singapura untuk Asia Summer Tour tahun lepas."> pernah ke Singapura untuk Asia Summer Tour tahun lepas." /> pernah ke Singapura untuk Asia Summer Tour tahun lepas." />

Mobile Legends: Paris Saint-Germain Bekerjasama Dengan RRQ, Tubuhkan Skuad Esports

Kedatangan Paris Saint-Germain (PSG) ke rantau Asia Tenggara bukanlah perkara baru. Malah, skuad bola sepak Perancis ini pernah ke Singapura untuk Asia Summer Tour tahun lepas. 

Mereka juga berkolaborasi dengan LGD Gaming untuk skuad Dota 2 yang sekarang masih cemerlang selepas mendapat tempat kedua di The International 8 tahun lepas.

Kali ini, division Esports mereka iaitu PSG Esports mengumumkan kerjasama dengan pasukan ternama di Indonesia, Rex Regum Qeon (RRQ). Semestinya kolaborasi ini dilakukan bagi mempersiapkan diri untuk bertanding dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Indonesia musim ketiga.

Memang sudah jadi kebiasaan kalau sebelum MPL berlangsung, pasukan profesional akan ditaja oleh organisasi ternama. Contohnya, AirAsia memiliki Team Saiyan pada MPL musim kedua lalu. 

Dinamakan PSG.RRQ, skuad Indonesia ini dianggotai oleh Ikhsan “Lemon”, Diky “Tuturu”, William “Liam”, James “James”, Try “Ayam Jago”, dan Calvien “InsticT”. Mereka pernah memenangi Mobile Star League (MSL) dua musim berturut-turut.

Kalau nak diikutkan, modul organisasi esports akan menyediakan gaming house, insentif dan gaji bulanan serta banyak lagi benefit lain. Ini mungkin akan mengubah gaya hidup pemain-pemain ini yang perlu menjalani rutin harian berbeza selain perlu berdisiplin. Tapi ia juga satu berita baik untuk komuniti ML di Indonesia!

“Indonesia adalah pasaran yang terus berpotensi untuk berkembang (bagi industri esports). RRQ juga antara pasukan yang terbaik di dunia. Ini adalah pilihan yang sangat tepat,” – Sebastian Wasels, Managing Director PSG untuk rantau Asia Pasifik.

Saksikan video mereka di bawah: 

Semakin banyak organisasi ternama ingin memasuki pasaran esports. Mobile Legends menjadi ‘pintu masuk’ bagi mereka memperluaskan pengaruh dalam industri e-sukan ini. 

Sumber: Winnetnews

Daftar sekarang untuk kejohanan e-sukan kampus terbesar di Malaysia! Ada game Mobile Legends, PES 2019 dan Dota 2, khas untuk pelajar universiti sahaja! 

KLIK LINK INI UNTUK MENDAFTAR.

Info lanjut, layari laman web ini dan Facebook kami.

RELATED NEWS

+