Mobile Legends: Pasukan kegemaran? Moon pilih EVOS Legends dan RRQ Hoshi

Pemain Mobile Legends Malaysia, Moon atau nama sebenarnya Zikry Bin Shamsuddin adalah nama yang tidak asing lagi di dalam dunia kompetitif permainan mudah alih berkenaan.

Beliau merupakan pemain yang konsisten sepanjang karier beliau bersama pasukan Todak. Moon berjaya membawa pasukan Todak memenangi MPL Season 6 dengan rekod tanpa kalah.

Pemain yang terkenal dengan peranan sebagai mage support di dalam pasukan, Moon menggemari du pasukan Indonesia, EVOS Legends dan RRQ Hoshi ketika ditanya dalam satu temubual media di Singapura.

“Kalau boleh pilih pasukan Indonesia mana yang saya minat. Adalah dua pasukan ini, RRQ dan EVOS Legends” ujar Moon.

Memandangkan Todak adalah pasukan MLBB terkuat di Malaysia, kalau di Indonesia, Moon juga ingin menjadi antara yang terbaik.

Beliau dan ahli pasukannya kini membuat persiapan untuk membawa Todak menjuarai kejohanan dunia, M2 yang akan berlangsung pada 18 Januari ini.

Foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+