Mobile Legends: Red Esports dedah barisan pemain mereka untuk MPL

Organisasi e-sukan tempatan, Red Esports hari ini mengumumkan barisan penuh pemain-pemain mereka untuk Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL MY/SG) Musim Keenam yang akan bermula pada 28 Ogos ini.

Dalam satu posting di Instagram, mereka memuat naik satu gambar memperlihatkan kesemua pemain. Umum mengetahui, pemain-pemain Red ini adalah bekas lineup Orange Esports Reborn yang berjaya meraih tempat ketiga dalam MPL musim lalu.

Silo, Mal, Eren, Grengo, Cakbu dan Mom melalui pusingan kelayakan dari bawah dan berjaya meraih top 4 dan seterusnya menjadi antara dua pasukan yang layak ke musim liga kali ini di bawah nama Red Reborn.

Musim liga MPL MY/SG Musim Keenam akan bermula pada 28 Ogos ini. Sebanyak 10 pasukan akan bertanding selama enam minggu iaitu:

Pasukan Malaysia:

  • Team Bosskurr (jemputan)
  • Geek Fam (jemputan)
  • Todak (jemputan)
  • Orange Louvre Esports (jemputan)
  • Team SMG (kelayakan)
  • Red Bella Ciao (kelayakan)

Pasukan Singapura:

  • Resurgence (jemputan)
  • EVOS SG (jemputan)
  • Forsaken (kelayakan)
  • Divinity Esports (kelayakan)

Ikuti perkembangan terkini musim liga nanti dengan mengikuti #MPL dan laman Facebook, Instagram serta Twitter kami.

Foto: Red Esports

RELATED NEWS

+