Mobile Legends: Saiyan Reborn Mara Ke Final MPL Musim Kedua, Tewaskan Flash Tyrants

Siapa sangka, underdog yang memang tak dijangka untuk menang Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim kedua, kini tinggal selangkah lagi sebelum merebut takhta itu.

Saiyan Reborn bermain dengan cemerlang sekali selepas berjaya menundukkan AirAsia Saiyan sebelum bertemu Flash Tyrants di lower bracket finals. 

Pada perlawanan pertama, Silo bermain dengan baik sebagai Harley, berjaya mengutip sebanyak kill yang mungkin dan mendapatkan gold lead sekurang-kurangnya 3,000 mendahului ahli pasukannya yang lain. 

Silo berjaya menghalang farm Kagura dan seterusnya menyumbang kill dan membuat huru hara ketika teamfights. Lihat saja gambar di bawah. Silo nyata mendominasi perlawanan pertama ini!

Tidak cukup dengan itu, mereka nyata mendahagakan kemenangan pada perlawanan kedua, ingin terus menamatkan perjalanan Flash Tyrants di MPL Musim Kedua ini.

Dengan pick sekali lagi sebagai Lunox yang digunakan untuk menewaskan ASYN, Saiyan Reborn meneruskan langkah berani dengan pick-pick lain seperti Lancelot dan Natalia, gabungan dua assassin untuk split-push. Lihat bagaimana Lancelot cuba mendapatkan menara pertahanan di bottom lane.

Ketika Lord dimulakan, Lancelot juga berjaya merampasnya dengan menggunakan ulti, sangat menarik untuk disaksikan!

Ini seterusnya membuatkan Saiyan Reborn dalam zon selesa dan meneruskan dominasi mereka hingga ke akhir perlawanan lalu berjaya merebut slot ke final MPL Musim Kedua!

Lihat gambar di bawah. Natalia dengan bangganya menetak Crystal bagi melenyapkan harapan Flash Tyrants mara ke final!

Mereka bagaimanapun akan bertemu EVOS SG sebentar lagi. Mari kita laungkan Malaysia Boleh!

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim kedua bermula pada Jumaat, 19 Oktober hingga Ahad (21 Oktober) di Paradigm Mall, Main Concourse mengumpulkan lapan pasukan yang berjaya mendapatkan kedudukan terbaik pada musim liga sebelum ini.

Mereka adalah Flash Tyrants, EVOS SG, AirAsia Saiyan, Geek Fam Mystic, Traitor, Bigetron SG, Geek Fam ICON dan Saiyan Reborn. Pasukan ini akan merebut wang tunai terkumpul USD64,000 dan juara pula akan membawa pulang hampir separuh iaitu USD31,000!

RELATED NEWS

+