Mobile Legends: Soloz Menang MVP Bagi Musim Liga MPL MY/SG Musim Keempat

Selepas enam minggu berlawan di musim liga, nampaknya pemilihan pemain terbaik (MVP) sudah pun dibuat! 

Mohd Faris Zakaria ataupun Soloz terpilih sebagai MVP untuk Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura Musim Keempat. 

Nota: MVP adalah pemain pilihan bagi setiap permainan video yang dimerit mengikut prestasi dan tahap konsisten semasa pertandingan.

Menurut posting akaun rasmi MLBB Malaysia di Facebook, Soloz yang juga kapten Shopee Bosskurr dipilih kerana tahap konsistennya dalam permainan.

“Tahap konsistensi adalah kuncinya (raih anugerah MVP ini). Ia membuktikan kehebatan dan keberkesanan permainan (gameplay) sepanjang musim liga ini,”

Sementara itu, perlawanan langsung (playoff) MPL MY/SG Musim Keempat akan dianjurkan di KL Live Life Centre pada 19 Oktober dan 20 Oktober ini.

Jangan lupa untuk datang ke Battle Arena, esok bermula jam 11 pagi ke atas bagi perlawanan All-Star yang akan berlangsung pada jam 12 tengahari.

Di sana juga akan ada sesi beramah mesra bersama peserta MPL seperti Soloz, 2ez4jepv dan Moon.

RELATED NEWS

+