Mobile Legends: Team Flash Luaskan Empayar, Umum Skuad Baru Iaitu Flash Tyrants

Organisasi e-sukan, Team Flash kini meluaskan empayar mereka dalam industri e-sukan dengan pengumuman pasukan Mobile Legends yang diwakili pemain Singapura.

Team Flash memilih pasukan Team Tyrants yang juga naib juara untuk Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim pertama.

Pasukan itu diwakili bakat baru dari Kota Singa iaitu Aeon, Xian, Swan, Aubi, Lun dan Marc yang juga pemain gantian. 

“Kami sangat teruja untuk bersama Team Flash. Dengan sokongan mereka, kami akan terus meluncur laju dalam industri ini. Matlamat kami hanya satu, untuk menjadi juara bagi MPL musim kedua dan seterusnya,” – kata kapten Flash Tyrants, Weisheng ‘Aeon’ Ong.

Di minggu pertama MPL, Flash Tyrants meraih kemenangan ke atas Bigetron SG dengan markah 2-1 semalam dan bakal bertemu skuad kebangaan Malaysia, AirAsia Saiyan bermula jam 8 malam ini.

Dalam perkembangan lain, Team Flash kini mempunyai seramai 30 pemain profesional di serantau Asia Tenggara. Ini termasuklah permainan Dota 2, Mobile Legends, FIFA Online 3 dan banyak lagi. Mereka juga merancang untuk menubuhkan fasiliti di Singapura dan kini mempunyai inkubator sendiri (seperti Bootcamp) di Hanoi, Vietnam untuk pemain AOV mereka berentap dalam Sukan Asia 2018 pada akhir Ogos ini.

RELATED NEWS

+