Mobile Legends: Xinn tak akan pindah ke EVOS Esports

Pasukan RRQ Hoshi serta EVOS Esports sememangnya menjadi musuh ketat antara satu sama lain, mereka ini mempunyai peminat yang tersendiri yang seringkali bercanggah sekiranya salah seorang di antara pasukan tersebut hangat dengan isu kekalahan serta penukaran para pemain.

Tiap kali perlawanan antara pasukan ini yang disiarkan secara langsung, pasti adanya peminat yang akan bertikam lidah untuk meyakinkan bahawa pasukan mereka yang terhebat. Oleh sebab itu, Xinn tidak mahu menghampakan peminat pasukan RRQ.

Menurut Xinn, kontraknya masih lama di RRQ dan kalau beliau berpindah ke EVOS pastinya akan ‘perang’ (bergaduh).

“Saya tak ingin ambil tawaran (kalau ke EVOS). Saya risau kalau ke sana, pastinya akan ada ‘perang’ (pergaduhan antara peminat).

“Jadi saya akan bertahan, semua akan berjalan seperti biasa dan lancar,” akhirinya. 

Xinnn sempat memberitahu bahawa kontraknya di RRQ ada dalam dua tahun lagi.

Jadi andai beliau tidak bermain di MPL sekali pun, beliau tetap menjadi sebahagian dari pasukan RRQ dan akan tetap menjadi streamer di sana.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+