Mod baru Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles ditayangkan

Para peminat anime pasti mengenali siri aksi Kimetsu no Yaiba atau juga dikenali sebagai Demon Slayer yang amat terkenal di seluruh dunia.

Tambahan pula dengan filem terkininya, Mugen Train, pasti peminat akan mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan Kimetsu no Yaiba di dalam jiwa sementara menunggu musim kedua siri itu. Tidak mengapa, pembangun permainan, CyberConnect2 menayangkan video trailer yang menunjukkan mod Adventure baru.

Mod ini membawa pemain mengalami penceritaan Kimetsu no Yaiba dengan memainkan watak Tanjiro Kamado sendiri dalam perjalanan beliau dalam mencari Kibutsuji Muzan. 

Ini antara watak-watak yang dapat dimainkan dalam  The Hinokami Chornicles:

  • Tanjiro Kamado
  • Nezuko Kamado
  • Zenitsu Agatsuma
  • Inosuke Hashibira
  • Giyu Tomioka
  • Sakonji Urokodaki
  • Sabito
  • Makomo
  • Shinobu Kochō
  • Kyōjurō Rengoku
  • Tanjiro Kamado (menggunakan Hinokami Kagura)
  • Murata

Permainan ini juga akan menerima enam Demon yang dapat dimainkan melalui tiga siri kemas kini percuma selepas pelancaran, dengan dua Demon setiap kemaskini. Permainan versi PS5, Xbox Series X, dan PC akan menerima mod prestasi 60 FPS melalui kemas kini yang akan datang.

Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles akan dilancarkan ke PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X and Series S, dan PC pada 14 Oktober 2021.

RELATED NEWS

+