Mod Battle Royale Untuk Battlefield V Sedang Diuji – Mungkin Hadir Dalam Bentuk DLC

Nampaknya siri Battlefield seterusnya pun taknak ketinggalan untuk mengikuti trend terkini iaitu Battle Royale!

Electronic Arts dan DICE mengesahkan mod itu akan datang tapi belum pasti jika ia hadir bersama permainan video itu dilancarkan. 100 pemain diletakkan di satu pulau/kawasan luas untuk bertarung antara satu sama lain menggunakan senjata api, bom, kenderaan dan sebagainya untuk terus hidup sebagai juara terakhir. 

Mereka masih giat menjalankan uji kaji untuk memastikan mod itu benar-benar stabil dan boleh digunakan tanpa bug. Mungkin ia akan datang dalam bentuk DLC kerana EA sentiasa mengeluarkan DLC untuk game bergenre shooting tapi setakat ini tiada siapa yang tahu.

Tapi apa yang pasti, Battlefield V adalah keluaran terbaru yang menggunakan tema perang dunia kedua apabila dilancarkan.

Sumber: Venturebeat

RELATED NEWS

+