Mod Undead Siege COD Mobile akan dibuang pada Season 8

Menjelang penghujung Season 7 Call of Duty (COD) Mobile, Activision baru-baru ini mengumumkan akan mengeluarkan Mod Undead Siege daripada permainan itu pada Season 8 kelak. 

Diumumkan melalui laman Twitter mereka, mereka menyatakan, pengeluaran mod itu adalah untuk menambahbaik dan untuk menambah kandungan. Melalui ciapan mereka itu juga, mereka berjanji akan kembalikan Mod Undead Siege pada Season 9 akan datang.

Activision juga menyatakan mereka sangat gembira dengan sokongan dan penghargaan yang diberikan oleh pemain yang menggemari mod itu. 

Mod Undead Siege adalah mod menentang zombie yang memerlukan pemain meengatur strategi dan kerjasama yang baik. Seperti permainan bertema zombie yang lain, mod ini akan menjadi sangat mencabar apabila tiba waktu malam.

COD Mobile boleh dimuat turun di Apple App Store bagi iOS dan Google Play Store di Android. 

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+