Mom “balas dendam”, tewaskan RSG 2-1

Selepas dikeluarkan dari pasukan RSG MY. Mom terus menyertai pasukan Team Bosskurr untuk bermain bersama bekas rakan pasukannya, Aim dan Neo.

Perlawanan pada hari ini menyaksikan Mom sudah diturunkan untuk bermain dan RSG MY membawa masuk jungler baru mereka, Tiktok.

Meskipun masih mencari keserasian, Mom sudah dapat menyesuaikan diri dengan permainan dari pasukan Team Bosskurr.

Team Bosskurr akhirnya mendapatkan kemenangan ke atas pasukan RSG dengan skor 2-1. Perlawanan yang ketiga sangat sengit dan Team Bosskurr lebih berani untuk melakukan serangan hendap terhadap Lolealz.

Kematian Lolealz pada minit 27 memberikan kelebihan untuk pasukan Team Bosskurr mengambil Lord dan mendapatkan kemenangan.

Tamat sahaja permainan yang sangat mencabar itu, Mom terus melakukan taunting dengan melakukan tarian dengan jersi RSG MY yang dipegang oleh rakannya.

RELATED NEWS

+