Mom keluar RSG, Leixia kembali ke posisi Jungler

Adib Rusydi “Mom” Ahmad Tarmizi mula membuat kemunculan di MPL MY musim kelapan bersama pasukannya RSG Malaysia, beliau dibawa masuk ke dalam pasukan bermula bulan Julai bagi menggantikan Leixia yang ingin berehat sebentar.

Selepas menyertai pasukan, keputusan perlawanan tidak begitu baik buat juara musim ketujuh ini. Mereka mengalami kekalahan demi kekalahan oleh kerana faktor keserasian yang tidak lagi terjalin antara Mom dan pasukannya.

Baru-baru ini Leixia mula melakukan comeback pada minggu ketiga untuk menggantikan Mom dan situasi pasukan RSG mula berubah di saat itu, mereka berjaya menewaskan pasukan SMG dengan skor 2-0.

Namun begitu, RSG Malaysia baru sahaja mengucapkan terima kasih kepada Mom di atas usaha beliau berjuang bersama pasukan itu dan menandakan Mom akan meninggalkan pasukan itu.

Pengumuman itu dibuat di dalam hantaran akaun Facebook rasmi RSG Malaysia, ini bermakna Leixia akan bermain semula di posisi jungler dan mungkinkah kita akan dapat melihat kebangkitan pasukan RSG kembali sebagai juara bertahan? Kita bakal saksikan.

Foto: RSG Malaysia

RELATED NEWS

+