Mom masuk Team Bosskurr

Bekas pemain RSG Malaysia, Adib Rusydi “Mom” Ahmad Tarmizi kini rasmi menyertai skuad Team Bosskurr bagi menghadapi baki dua minggu lagi Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim kelapan. 

Pengumuman itu dibuat dalam satu hantaran di Instagram MPL Malaysia semalam (Khamis).

Ini bermakna Mom kini berganding bahu dan kembali bermain bersama bekas ahli pasukannya di Orange Esports iaitu Neo dan juga Aim.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Sebelum ini, Mom keluar daripada RSG Malaysia kerana dilaporkan tidak serasi bersama ahli pasukannya selepas dua bulan bersama.

Kami dari MyGameOn berharap Mom terus bersinar dalam pasukan baru ini.

Dalam perkembangan lain, Team SMG juga membawa masuk dua pemain, Eshaa dan Wynn sementara Deto keluar daripada organisasi itu.

RSG pula membawa masuk TikTok, seorang pemain baru yang tak pernah bermain di MPL.

Foto: MPL Malaysia

RELATED NEWS

+