“Momo lebih sesuai bermain di posisi Jungler,” – Hazim

Jurulatih pasukan Todak, Muhammad Hazim Firdaus Ismail atau lebih dikenali sebagai Hazim, menyatakan bahawa pada ketika ini Momo lebih sesuai bermain sebagai jungler kerana hero untuk Ciku pada saat ini sudah berkurangan.

“Selepas kami berbincang, hero Ciku di posisi jungler semakin berkurangan disebabkan emblem sawi. Jadi kami berbincang untuk membawa Momo dan menggantikan Ciku” katanya ketika ditemui MyGameOn.

Hazim juga mengatakan bahawa pemilihan momo sebagai jungler adalah kerana dia pernah bermain di posisi exp lane dan mahir menggunakan hero-hero tank.

“Momo sebelum beralih ke posisi gold lane, dia pernah bermain di bahagian exp lane. Dia juga mahir bermain hero-hero tank yang pada saat ini dimainkan di bahagian jungler.

“Jadinya, kami semua bersetuju untuk menjadikan Momo sebagai jungler. Alhamdulillah setakat ini strategi ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Pasukan Todak berjaya menumbangkan pasukan gergasi Filipina Omega Esports pada perlawanan semalam.

Hari ini, mereka akan berjumpa dengan musuh tradisi mereka iaitu RRQ Hoshi. Adakah mereka akan berjaya menumbangkan juara MPL ID musim ke-9 itu? Sama-sama kita nantikan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Semoga berjaya Todak!

Foto: Instagram Hazim

RELATED NEWS

+