Momo raih anugerah MVP Playoff MPL MY musim ke-9

Tidak lengkap sesuatu pertandingan itu tanpa anugerah MVP secara keseluruhan untuk semua perlawanan.

MVP Playoff MPL MY musim ke-9 kali ini dipegang oleh Momo sebagai gold laner yang sangat cemerlang.

Momo membuktikan bahawa dia adalah seorang pemain yang sangat konsisten sepanjang musim liga dan juga playoff.

Kemahirannya bermain hero seperti Brody, WanWan dan juga Beatrix tidak perlu disangkal lagi.

Momo juga boleh dikatakan antara pemain yang mempunyai kemahiran makro tertinggi di arena kompetitif Mobile Legends Malaysia.

Sementara itu, Stormie dari Team SMG memegang MVP sepanjang musim liga dan anugerah The Best Rookie jatuh kepada Zaed dari RED Esports.

Kedua-dua pemain muda ini mula melakukan debut mereka ke dalam pentas MPL bermula musim ini.

Manakala Syed Adeen mendapat anugerah Talent terbaik untuk MPL MY musim ke-9 di atas pengulasannya yang sangat bertenaga.

Syabas diucapkan kepada semua pemenang anugerah yang dipertandingkan!

 

RELATED NEWS

+