Monster Hunter Outlanders – Permainan Dunia Terbuka di peranti mudah alih

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Monster Hunter Outlanders adalah permainan video Monster Hunter baharu dibangunkan oleh TiMI Studio Group dari Tencent Games dan Capcom.

Outlanders adalah permainan dunia terbuka dengan elemen survival di dunia Monster Hunter.

  • Anda boleh melakukan penerokaan ke pelbagai jenis kawasan dengan alam semulajadinya sendiri, raksasa berbeza dan ekosistem berbeza.
  • Anda boleh membina dan membuat gear serta tool sendiri.
  • Bersama-sama rakan untuk memburu secara solo atau empat orang.

Foto: TiMI x Capcom

Tiga elemen ini akan menjadi sasaran Monster Hunter Outlanders untuk membenarkan pemain bermain Monster Hunter dengan rakan-rakan di mana-mana sahaja.

Seperti biasa terdapat 14 senjata dari Monster Hunter akan hadir.

Foto: Capcom

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi pelancaran untuk Monster Hunter Outlanders kerana masih dalam fasa ujian.

Seperti biasa permainan ini akan dilancarkan untuk platform iOS dan Android.

Anda boleh pra-daftar Monster Hunter Outlanders di laman rasmi ini.


Follow kami di WhatsAppInstagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+