Monster Hunter Rise akan muncul di PC dengan pelbagai penambahbaikan

Monster Hunter Rise akan dilancarkan ke pelantar Steam pada awal tahun hadapan. Permainan versi Steam ini akan mendapat pelbagai penambahbaikan yang tidak hadir pada versi Nintendo Switch kerana kekangan kuasa dari konsol mudah alih itu.

Lihat video pelancaran versi PC di bawah:

Monster Hunter Rise yang akan dilancarkan di Steam termasuk resolusi 4K, tekstur resolusi tinggi, framerate tinggi, kawalan papan kekunci & tetikus yang dioptimumkan, sembang suara, dan sokongan paparan ultrawide.

Monster Hunter Rise sudah boleh dipra-tempah di Steam dengan harga RM248 bagi edisi biasa, dan Deluxe Edition yang berharga RM291. Bonus ditawarkan di Deluxe Edition seperti berikut:

– Kosmetik Palamute Retriever 
– Kosmetik Palico Forest Cat 
– Novice Talisman 

Spesifikasi PC

Monster Hunter Rise tidak memerlukan PC yang gah, dan boleh dimainkan di PC yang berusia beberapa tahun lalu.

MINIMUM:
Sistem operasi 64-bit
OS: Windows 10 (64-bit)
CPU: Intel® Core ™ i3-4130 atau Core ™ i5-3470 atau AMD FX ™ -6100
Memori: RAM 8 GB
GPU: NVIDIA® GeForce® GT 1030 (DDR4) atau AMD Radeon ™ RX 550
DirectX: Versi 12
Rangkaian: Sambungan Internet jalur lebar
Ruang: 23 GB ruang yang ada
Nota Tambahan: 1080p / 30fps apabila tetapan grafik ditetapkan ke “Rendah”. Keperluan sistem boleh berubah semasa pembangunan permainan.

DISARANKAN:
Sistem operasi 64-bit
OS: Windows 10 (64-bit)
CPU: Intel® Core ™ i5-4460 atau AMD FX ™ -8300
Memori: RAM 8 GB
GPU: NVIDIA® GeForce® GTX 1060 (VRAM 3GB) atau AMD Radeon ™ RX 570 (VRAM 4GB)
DirectX: Versi 12
Rangkaian: Sambungan Internet jalur lebar
Ruang: 23 GB ruang yang ada
Nota Tambahan: 1080p / 30fps apabila tetapan grafik ditetapkan ke “Purata”. Keperluan sistem boleh berubah semasa pembangunan permainan.

Monster Hunter Rise versi Steam boleh dipra-tempah di sini dan akan dilancarkan pada 12 Januari 2022, dan demo akan dilancarkan pada 13 Oktober 2021. 

RELATED NEWS

+