Monster Hunter Rise akan tiba di PC pada awal 2022

Ryozo Tsujimoto, penerbit Monster Hunter Rise, telah mengesahkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan di PC pada awal tahun depan. Ini bermaksud ia merupakan judul utama kedua dalam siri Monster Hunter yang boleh dimain di PC.

Menurut Tsujimoto, versi PC masih sedang dibangunkan dan maklumat lanjut mengenai versi ini akan dikongsi pada masa depan. Penulis menganggarkan ia akan dilancarkan di Steam, sama seperti Monster Hunter World.

Pada pendapat penulis, perkara ini menunjukkan jualan Monster Hunter World di Steam telah memberi keyakinan kepada Capcom untuk melancarkan lebih banyak permainan Monster Hunter di platform tersebut.

Penulis juga berharap versi PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series sedang dipertimbangkan. Versi utama iaitu versi Nintendo Switch akan dilancarkan pada 26 Mac tahun ini.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+