Moonton kini melancarkan MPL Mena untuk negara Timur Tengah dan Afrika

Moonton kini mengumumkan francais MPL terbaru mereka iaitu MPL Mena. Liga ini terdiri daripada negara-negara dari Timur Tengah dan Afrika. Pengumuman ini dimuat naik oleh mereka di saluran Youtube rasmi Mobile Legends.

MPL Mena ini akan terbahagi kepada dua bahagian di mana peringkat spring split yang akan diadakan pada bulan November ini sehingga bulan April 2022. Manakala fall split akan bermula pada September 2022 dan berakhir pada November 2022.

10 pasukan dari negara Timur Tengah dan Afrika akan merebut wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS$200 ribu (RM836 ribu). Terdahulu, pasukan Akatsuki berjaya memenangi Arabia Major untuk mewakili negara dari Timur Tengah ke M3. 

Tidak hanya fokus kepada Asia Tenggara seperti sebelum ini. Moonton berjaya membawa liga MPL Brazil dan Kemboja ke dalam road map mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga memperkenalkan kejohanan Arabia Major dan Latam.

Selain itu, pusingan kelayakan dari Amerika Utara dan Turki juga membuktikan Moonton tidak berhenti untuk membawa banyak lagi pesaing yang bakal merebut kejohanan dunia M3 nanti.

Foto: Moonton

RELATED NEWS

+