Sepertimana yang anda tau, Moonton sedang berusaha membangunkan Project NEXT yang memperlihatkan visual baru yang lebih kemas serta perubahan kepada hero-hero dalam permainan itu. "> Sepertimana yang anda tau, Moonton sedang berusaha membangunkan Project NEXT yang memperlihatkan visual baru yang lebih kemas serta perubahan kepada hero-hero dalam permainan itu. " /> Sepertimana yang anda tau, Moonton sedang berusaha membangunkan Project NEXT yang memperlihatkan visual baru yang lebih kemas serta perubahan kepada hero-hero dalam permainan itu. " />

Moonton melancarkan video trailer baru Project NEXT

Sepertimana yang anda tau, Moonton sedang berusaha membangunkan Project NEXT yang memperlihatkan visual baru yang lebih kemas serta perubahan kepada hero-hero dalam permainan itu.

Kemas kini ini dijangka akan tiba pada 21 September dan akan membawa pelbagai penambahbaikan serta kandungan baru kepada Mobile Legends.

Berikut adalah video trailer yang baru Project NEXT itu yang bertajuk The Bloom:

Peminat pasti dapat memperhatikan peningkatan kualiti video sinematik Mobile Legends berbanding video sinematik yang terdahulu.

Trailer ini juga memperlihatkan versi hero yang diperbaharui iaitu Odette, Lancelot, Hayabusa, dan Kagura. Suasana trailer baru dan kelancaran animasi jauh lebih mantap dan penuh aksi. Ini juga dapat menunjukkan kemajuan yang telah dicapai oleh Mobile Legends selama ini.

Sebagai perbandingan, inilah video treler Project NEXT yang dilancarkan pada tahun 2020:

Trailer sinematik ini adalah salah satu dari beberapa kejutan dari Moonton kerana para pembangun menjanjikan lebih lagi ciri permainan yang akan ditambahkan ke dalam permainan tidak lama lagi.

Ini termasuk perubahan peranan Marksman, perubahan UI utama, ciri baru dalam permainan, penambahbaikan hero, dan banyak lagi yang akan datang dalam kemas kini patch Mobile Legends 1.6.18 yang dijadualkan akan dilancarkan pada esok.

RELATED NEWS

+