Moonton mengumumkan Liga Latam untuk Amerika Latin

Moonton sekali lagi akan membawa pertandingan baru untuk negara-negara dari Amerika Latin. Terdahulu, mereka mengumumkan Kejohanan Latam bagi mendapatkan wakil dari Amerika Latin ke Kejohanan Dunia M3.

Pertandingan baru ini akan dikenali sebagai Liga Latam. Terdapat lima negara yang akan mengambil bahagian iaitu Brazil, Chili, Argentina, Bolivia dan Peru.

Liga ini akan berlangsung pada 3 – 7 November ini. Nampaknya Moonton masih berusaha keras untuk membawakan pertandingan-pertandingan yang baru di luar benua Asia Tenggara.

Ini adalah satu perkembangan yang baik buat arena e-sukan MLBB. Selepas ini, mungkin akan ada banyak lagi kejohanan yang akan dipertandingkan di seluruh dunia.

Ia sekaligus melengkapkan misi mereka untuk menjadi syarikat permainan peranti mudah alih popular di seluruh dunia.

Sumber: @emak_moba

Foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+