Mortal Kombat 11 kini terjual lebih 12 juta unit seluruh dunia

Mortal Kombat 11 kini rasmi menjadi permainan Mortal Kombat yang dijual paling banyak dengan jualan lebih 12 juta unit di seluruh dunia. Jumlah ini membantu penjualan francais permainan video ini mencapai 73 juta unit secara keseluruhan.

Warner Bros. berkongsi berita ini di sidang media di mana turut mengesahkan Mortal Kombat Mobile telah dimuat turun sebanyak 138 juta di seluruh dunia.

Ed Boon – Pengarah Kreatif NetherRealm Studio selaku Co-Creator Mortal Kombat, berkata “semasa Mortal Kombat dilancarkan hampir 30 tahun lalu, saya tidak mengimpikan ia akan menjadi satu francais dengan 73 juta jualan. Kami mempunyai peminat yang bersemangat dan kami hargai setiap sokongan yang mereka pamerkan selama ini.”

Berita ini berikutan pengumuman NetherRealm yang menyatakan kini mengalih fokus mereka kepada projek baru dan bakal menamatkan sokongan Mortal Kombat 11, DLC dan karakternya. 

Mortal Kombat 11 menjadi permainan daripada francais itu dengan menewaskan Mortal Kombat X yang terjual hampir 11 juta unit.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+