“Mortalala akan ganti Iris buat sementara waktu,” – Aiman

Susulan dari posting RSG Malaysia yang mengatakan pemain MLBB mereka, Muhammad Izz Daniel Zaidi (Iris) yang digantung selama sebulan dan dipotong elaun, pengurusnya, Aiman Wafiy berkata akan ada pemain yang ganti untuk bermain di MPL.

“Mortalala akan ganti Iris buat sementara waktu di EXP Lane,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Menurut Aiman, Mortalala adalah pemain muda atau bocah ajaib yang pastinya akan buat kejutan kelak.

Sebelum ini, Iris yang juga bekas pemain Orange Esports menyertai RSG MY untuk MPL MY musim kesembilan.

Pada semalam, dia didapati bersalah kerana melakukan online harassment dan sudah pun meminta maaf di page peribadinya.

Mereka akan bertembung Todak dalam perlawanan jam 3 petang hari ini dan Team Caracal pada jam 5 petang Ahad.

Pasukan RSG MY terdiri daripada:

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

RELATED NEWS

+