MP the King mahu kembali ke Filipina, tidak terbuka untuk bermain di Malaysia jika diberi peluang

Michael Endino (MP The King) membuat keputusan untuk kembali ke Filipina bagi mencari peluang untuk bermain di MPL PH musim ke-14. Katanya, kontraknya bersama See You Soon (SYS) sudah pun tamat.

“Saya mahu kembali ke Filipina untuk berentap dengan Nathzz dari RSG PH.

“Kalaupun ada mana-mana pasukan di Malaysia mahu melamar saya, saya tak mahu. Saya tetap ingin kembali ke tanahair,” katanya dalam satu sidang media pasca perlawanan SYS vs Falcons AP Bren.

Dalam perlawanan kalah mati itu, AP Bren memenangi 3-0 sekali gus menghantar pemain-pemain SYS ke lapangan terbang.

SYS sebelum ini dilanda kontroversi selepas didapati melakukan redraft ketika perlawanan ke atas SRG. Mereka kemudiannya didenda penolakan satu mata dan perlu membayar penalti AS$2,000. Penalti juga diberikan kepada staf kejurulatihan yang digantung empat perlawanan di peringkat kumpulan.

Mereka bagaimanapun kembali bangkit dengan menewaskan juara bertahan, Fnatic ONIC 2-0 dan tuan rumah, Team Falcons 2-0. 

Meskipun tewas sebagai top 8, mereka membawa pulang AS$100,000 (RM470,000).

Foto: Esports World Cup

RELATED NEWS

+