MPL: Assassin “Rynn, Dominus Dan Feekz” Jadi Tumpuan Minggu Kedua

Nampaknya, hari pertama minggu kedua Liga Professional Mobile Legends (MPL) MY/SG Musim Keempat ini menyaksikan hero peranan Assassin mendominasi arena apabila gaya permainan ditonjolkan oleh Muhammad Firdaus Abdul Jamil (Rynn), Nik Aqieff Bin Nik Muhd Muhyyiddin (Dominus) dan Amirul Shafiq Mohd Amir (Feekz) dilihat sangat mantap dan luar biasa.

Dalam perlawanan pembukaan semalam ke atas Xpax X-Assins, minit ke-8 menyaksikan Rynn (Axis Esports) menunggu saat sesuai untuk mengejar X-Borg dimainkan Ax.

 

Dia memintas pemain lain menggunakan ulti, terus menewaskan X-Borg yang ketika itu di lineup belakang.

Kemudian aksi diteruskan apabila dia menangkap Raisyaa yang nyawa-nyawa ikan.

Yakin dengan kebolehan Lancelot untuk masuk dan keluar sepantas kilat, dominasi Rynn diteruskan dengan menangkap Artha dan Mohd Kuku yang berada di menara pertahanan. Satu gerakan yang cukup kemas dan timing sangat kena! Rynn mendapat triple kill dalam pertembungan epik itu.

Dalam perlawanan antara Geek Fam dan Sabah Top Player pula, Feekz menyinar sebagai Hayabusa, sentiasa memberi ruang untuk pasukan itu berada dalam teamfight kerana kehadiran Lolita dan X-Borg sementara dia split push.

Dominus terus menonjol sebagai Gusion dengan mengejar first blood pada 2 minit pertama.

Feekz juga sentiasa menangkap marksman STOP, iaitu xSlash apabila dia berseorangan. 

Ini juga antara gerakan harus diberi pujian kepada 2ez4jepv kerana melakukan ulti yang begitu mantap kena pada 4 pemain. Jep sebelum itu invi menggunakan Shadow Mask sebelum mula cast ulti tanpa dilihat.

 

Sekali lagi Feekz berjaya menangkap xSlash pada minit ke-7.

Ini adalah saat paling dinanti-nanti kerana Feekz melakukan split push sementara ahli pasukannya menunggu ruang untuk Lord.

Feekz menangkap Kimi biarpun ada Minotaur menjaganya.

Dominus masuk dalam teamfight lima orang walaupun tinggal dia bersama OzoraVeki saja lalu mendapatkan mega-kill tapi kecundang selepas itu.

Skor penuh perlawanan semalam:

Hari ini pula, Team Bosskur akan membuka perlawanan ke atas Resurgence, manakala Sabah Top Player akan bertemu skuad Singapura, Notorious Villains. Xpax X-Assins pula akan mengakhiri perlawanan hari ini dengan pertembungan ke atas Louvre Esports.

Liga MPL MY/SG Musim Keempat ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

RM203,000 pula diberikan sebagai subsidi mingguan, bonus kemenangan dan anugerah prestasi bagi mereka yang layak ke musim liga. RM211,000 baki prizepool pula akan dapat direbut di playoffs nanti dijangka bermula pada Oktober 2019.

Saksikan juga MPL MY/SG setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 7 malam di TV9!

Artikel berkaitan: MPL akan ditayangkan di TV9

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Foto diambil dari Facebook Mobile Legends: Bang Bang dan laman web rasmi MPL

RELATED NEWS

+