MPL: Axis Esports Terpaksa Melupakan Hasrat Menjulang Trofi Buat Kali Kedua

Dalam pertarungan lower bracket sebentar tadi, Axis Esports tewas 1 – 2 di tangan pasukan Singapura, Resurgence di playoffs Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia & Singapura Musim Keempat yang berlangsung di KL Live, Kuala Lumpur.

Mereka diwakili oleh Rynn, Lacid, Loong, Evilx dan Scott, memperoleh tempat keempat dalam kejohanan berprestij itu.

Dalam game kedua, mereka berjaya menyamakan kedudukan namun Resurgence mempunyai pemilihan hero lebih tepat pada game penentuan dan itu membuatkan Axis terpaksa melupakan hasrat untuk menjulang trofi MPL buat kali kedua.

Kali pertama mereka memenangi kejohanan berprestij ini pada musim kedua selepas menewaskan Flash Tyrants pada tahun lalu.

Nantikan perlawanan seterusnya antara dua skuad Singapura, Resurgence dan EVOS Esports SG di Facebook page rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

Berita lanjut menyusul..

Foto: Axis Esports / Facebook

RELATED NEWS

+