MPL BR: RRQ Akira akan ke pusingan upper bracket final

MPL Brazil kini sudah memasuki musim kedua. Peringkat playoff sudah bermula dan format pertandingan menyerupai MPL PH dan juga ID.

Pasukan RRQ Akira yang dianggotai oleh pemain Keyd Stars akan bertemu dengan pasukan Dreammax di pusingan akhir upper bracket.

Terdahulu, pasukan Keyd Stars menunjukkan saingan hebat di peringkat kumpulan Kejohanan Dunia M3 apabila mereka menewaskan ONIC Esports.

Juara dan naib juara MPL BR musim kedua akan mendapat slot ke liga LATAM 2022.

Liga LATAM adalah kejohanan yang melibatkan negara-negara seperti Peru, Brazil, Bolivia dan juga Amerika Latin.

Siapakah yang bakal menjadi juara MPL BR musim ke-2 ini nanti? Kita bakal saksikan.

Sumber: MPL BR

Foto: RRQ

 

RELATED NEWS

+