MPL Brazil akhirnya rasmi

Moonton akhirnya memperkenalkan secara rasmi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Brazil baru-baru ini.

Brazil adalah salah sebuah negara yang bertanding di peringkat dunia iaitu M1 dan M2 namun mereka tidak mempunyai liga profesional sendiri ketika itu. Malah, pasukan Brazil juga dipuji kerana mampu saingan hebat kepada pasukan Asia Tenggara yang sememangnya terhebat dalam permainan.

Dalam satu pengumuman di Facebook MPL Brazil, mereka menyatakan liga itu kini rasmi dan akan berlangsung tidak lama lagi.

Semestinya ini akan menjadi satu berita baik kepada komuniti MLBB di sana kerana menyediakan lebih banyak peluang untuk bersaing di peringkat tertinggi.

RELATED NEWS

+