MPL: EVOS SG tewaskan Team SMG 2-0

Pasukan Mobile Legends Singapura, EVOS SG terus cemerlang dalam musim liga MPL MY/SG Musim Keenam apabila berjaya menewaskan Team SMG, 2-0 pada minggu pertama ini.

Dalam perlawanan pertama, pasukan EVOS SG mempunyai kelebihan dengan Yi Sun Shin yang ada ultimate Mountain Shocker untuk menampakkan kesemua musuh. Penggunaan Hilda oleh JPL juga sangat menakutkan mengganggu Smooth sebagai Hayabusa.

Pada perlawanan kedua, draft yang sama dipilih dengan mengharapkan YSS sebagai core hero mereka. Tapi kali ini, mereka memilih Balmond untuk bermain di offlane.

Kesilapan pada minit akhir yang membuatkan Pharsa tewas awal dan mereka kehilangan kesemua menara pertahanan, memberikan laluan mudah kepada EVOS SG mengambil perlawanan kedua.

MPL MY/SG Musim Keenam mengumpulkan 10 pasukan Singapura dan Malaysia bertanding selama enam minggu.

Mereka merebut hadiah wang tunai terkumpul RM417,250.

RELATED NEWS

+