MPL Filipina kini rasmi jadi liga francais

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Filipina sudah menjejak satu titik bersejarah apabila secara rasminya melakukan peralihan ke model francais untuk membawa masa depan yang lebih cerah untuk pembangunan e-sukan di Filipina.

Francais ini akan membolehkan perlaksanaan sistem pengurusan dan operasi yang lebih profesional dan seragam bagi menyediakan para pemain keperluan yang lebih stabil. Hal ini termasuk hak perlindungan penuh pemain dan kepentingan mereka. Hasil daripada model ini yang dijangka lebih USD8 juta (~RM33.5 juta) akan dikongsikan antara pasukan dalam tempoh tiga tahun akan datang. 

Musim MPL akan datang bakal menawarkan jumlah hadiah sebanyak AS$150,000 dengan buku peraturan yang digubal semula dan format kejohanan. Model ini juga akn menetapkan syarat baru untuk pasukan yang mana akan menambahbaik penjenamaan pasukan dan operasi pemasaran. 

MPL PH akan mula berlangsung bermula 13 Ogos. 

RELATED NEWS

+