MPL: Geek Fam Terus Cemerlang, 2-0 Ke Atas Orange Esports

Pasukan Mobile Legends Malaysia, Geek Fam berjaya menunjukkan dominasi dengan kemenangan 2-0 ke atas Orange Esports pada minggu akhir Liga Profesional Mobile Legends Malaysia & Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima.

Pada perlawanan pertama, pemilihan Feekz sebagai Ling adalah sangat sesuai dengan lineup Geek Fam yang agresif (Xorn sebagai Khufra dan Dominus bermain Valir). Poke yang tinggi dari Dominus membuatkan Orange Esports seolah sukar untuk mencari kedudukan.

Uranus yang digunakan Veki dan Thamuz oleh Artz bertahan sangat lama dalam teamfight membuatkan Geek Fam sukar ditewaskan.

Pada minit 11:10, penggunaan Vengeance oleh Thamuz sangat berkesan menahan serangan dari tiga pemain sehingga bantuan tiba. Draft yang dilaksanakan oleh Orange Esports juga kurang efektif untuk berdepan gaya permainan agresif ditonjolkan Geek Fam ini.

Pada game kedua, Feekz sebagai Bruno menyinar dengan menjadi hyper carry dan mendapat Maniac ketika minit akhir perlawanan tersebut.

Penggunaan Carmilla oleh OzoraVeki juga menyekat sesiapa di top lane untuk farm. OE juga untuk memanfaatkan Ling pada game kedua tapi gagal kerana digunakan sebagai offlane.

Ini seterusnya memberikan kelebihan kepada Geek Fam.

Anda boleh menonton penstriman langsung di Youtube ataupun Facebook Mobile Legends Malaysia.

MPL MY/SG musim kelima mengumpulkan enam pasukan negara dan empat pasukan Kota Singa berentap dalam baki musim liga yang bermula pada 10 April hingga Ahad dan pada minggu depan dari Khamis hingga Ahad.

Pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Ini adalah jadual terkini minggu keempat dan minggu terakhir musim liga.

 

Jadual perlawanan minggu akhir.

RELATED NEWS

+