MPL ID: Alter Ego berjaya “comeback” ke atas Aura Fire 2-1

Perlawanan pembukaan untuk MPL Indonesia musim kelapan minggu ketiga kini bermula, Alter Ego mempamerkan prestasi yang konsisten setakat ini manakala Aura Fire masih sukar mencari momentum yang diperlukan.

PERLAWANAN KEDUA

Alter Ego menghadapi kesukaran pada minit awal permainan, mereka sering diasak pasukan Aura Fire, perbezaan gold sebanyak 4 ribu ketika ini. Aura Fire terus mengawal peta dan tidak memberikan ruang untuk Alter Ego bernafas.

Kegagalan Aura Fire untuk menamatkan permainan memberikan ruang kepada pasukan Alter Ego untuk melakukan comeback. Alter Ego berjaya menumbangkan kesemua para pemain Aura Fire, Rasy dan Ahmad membuat satu final push untuk mendapatkan kemenangan.

PERLAWANAN KETIGA

Keadaan berubah di perlawanan ketiga, Alter Ego mempunyai kelebihan dengan burst damage dari Nino dan Celiboy, mereka mengawal peta pada minit awal permainan dan meneruskan momentum sehingga fasa mid game.

Alter Ego mendapatkan Lord pada minit ke-13 dan terus melakukan pushing untuk menghancurkan base Aura Fire. Aura Fire yang kekurangan farming tidak mampu untuk mempertahankan base mereka. Alter Ego berjaya mendapatkan kemenangan pada minit ke-15.

RELATED NEWS

+