MPL ID: Alter Ego keluarkan kenyataan isu Rekt “dihujat”

Gara-gara isu yang berlaku di MPL Arena di Indonesia pada 25 Mac lalu, Alter Ego sudah membuat pengumuman mengenai perkara ini.

Mereka memohon maaf di atas kesalahan yang dilakukan dan melepaskan jawatan Nocturn sebagai pengurus pasukan itu.

Terdahulu, sewaktu perlawanan EVOS Legends menentang Alter Ego pada 25 Mac, Rekt dikecam dengan kata-kata kesat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Walau bagaimanapun, EVOS Legends memenangi perlawanan itu dengan skor 2-1. Diharap perkara ini boleh dijadikan pengajaran terutamanya di negara kita supaya lebih menghormati komuniti e-sukan itu dan hapuskan budaya “toksik” terhadap pasukan atau pemain profesional.

RELATED NEWS

+