MPL ID: Ch4kim rasmi masuk skuad MPL EVOS Legends, bakal ganti Clover?

EVOS Legends adalah salah satu pasukan terbaik Indonesia di dalam permainan peranti mudah alih popular, Mobile Legends.

Mereka pernah menjuarai kejohanan dunia Mobile Legends, M2 dan MPL Indonesia musim ketujuh baru-baru ini.

Rombakan dilakukan saat MPL Indonesia musim ketujuh di mana Ferxiic dibawa masuk dari MDL untuk menggantikan Wannn yang berehat sebentar di atas faktor kesihatan (burnout). Ternyata keputusan untuk membawa Ferxiic sangat berhasil, mereka berjaya menjadi juara MPL Indonesia musim ketujuh.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Kini, seorang lagi individu yang berjaya meloloskan diri ke skuad MPL, asalnya bermain di MDL. Beliau dilihat sangat mahir bermain di gold lane. Beliau dikenali sebagai Ch4kim.

Akan tetapi, saat ini kita masih melihat Clover mempunyai prestasi yang kekal konsisten. Selain itu, Rhapsody yang dibawa masuk dari AOV juga belum kelihatan untuk bermain di MPL Indonesia musim kelapan.

Adakah kita akan melihat Ch4kim beraksi menggantikan Clover di 3 minggu akhir ini? Kita bakal saksikan.

Sumber: MPL Indonesia

RELATED NEWS

+