MPL ID: Di manakah Udil?

Muhammad Julian “Udil” Ardiansyah adalah salah seorang pemain pasukan Alter Ego merangkap kapten pasukan itu untuk MPL Indonesia musim ketujuh. 

Sudah empat minggu musim liga MPL Indonesia musim kelapan bermula namun kelibat Udil masih lagi tidak kelihatan. Cuma ada Rasy yang turun padang untuk menjadi roamer.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Alter Ego e-Sports (@alteregoesports)

Ramai netizen menantikan kemunculan beliau walaupun Alter Ego selesa dengan rekod tanpa kalah setakat ini. Jurulatih pasukan Alter Ego, Nasi Uduk ketika ditanya mengenai Udil, ini respons beliau “Jika soalan ini, harus ditanya kepada tuan badan sendiri, saya sudah mengajak dia bermain berkali-kali namun tidak muncul jua,” ujar beliau.

Kenyataan ini dibuat oleh Nasi Uduk ketika beliau diundang oleh Planet Esports pada 31 ogos lalu. Nampaknya Udil sendiri memilih untuk tidak bermain lagi pada musim kali ini.

Berbagai spekulasi muncul berkaitan perkara ini. Adakah kita akan melihat kemunculan Udil di dalam minggu kelima ini? Kita bakal saksikan pada petang ini.

Sumber: RevivalTV

RELATED NEWS

+