MPL ID: RRQ Hoshi menang El Clasico kali ini

El Clasico di antara RRQ Hoshi dan EVOS Legends sebentar tadi amat dinanti-nantikan oleh para peminat MLBB Indonesia.

Kedua-dua pasukan ini dikatakan pasukan terbaik yang pernah mewakili Indonesia di Kejohanan Dunia Mobile Legends.

RRQ dan EVOS berjaya menyamakan kedudukan 1-1 ketika ini dan mereka akan bermain di perlawanan ketiga bagi menentukan siapakah bakal menjadi pemenang El Clasico kali ini.

Di minit awal permainan, Ferxiic diasak oleh Vynn yang menggunakan Franco.

Vynn kerap menggunakan Iron Hook ke atas purple buff bagi memperlahankan farming Ferxiic.

Oleh kerana itu, RRQ Hoshi terus mengambil kesempatan itu untuk mendapatkan tenpo permainan. 

EVOS Legends gagal untuk menghentikan momentum yang dimiliki RRQ Hoshi.

Perbezaan kill sebanyak 10 mata pada minit ke-9 membuktikan RRQ Hoshi mengawal permainan.

RRQ Hoshi kemudian menamatkan permainan apabila mereka berjaya mengambil Luminous Lord pada minit ke-12.

 

RELATED NEWS

+