PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

MPL ID: Sang Raja terlalu kuat untuk pasukan BTR kali ini, kemenangan bersih 2-0

PERLAWANAN PERTAMA

Sang Raja bermain sangat agresif ketika minit awal permainan, mereka cuba menganggu Branz daripada mendapatkan purple buff dan menyebabkan mereka terkorban. Selang 1 minit kemudian, RRQ Hoshi memberikan lagi asakan kepada pasukan BTR dan berjaya kali ini, mereka terus mengawal peta dan mengejar objektif.

Branz sering kali digagalkan untuk mendapat buff dari Xinnn, beliau menggunakan meteor shower. Selain itu, Alberttt terus mengganas di dalam peta sehinggakan pertarungan pada minit ke-9 menyebabkan BTR terus wiped out. Perbezaan gold melebihi 9 ribu ketika ini selepas Alberttt mengumpul 12 kill menjadikan jumlah kill RRQ Hoshi sebanyak 22. RRQ menang mudah pada minit ke-12.

PERLAWANAN KEDUA

BTR berjaya mengawal tempo untuk permainan kedua oleh kerana Alberttt memilih untuk bermain Hayabusa kali ini, Hayabusa memerlukan farming yang cukup pada saat awal permainan begitu juga dengan Branz yang menggunakan Claude. Kedua-dua pasukan mempunyai gold yang lebih kurang sama pada minit ke-12.

Pertarungan di Lord pit pada minit ke-13 menyebabkan BTR terus wiped out dan RRQ Hoshi mengambil peluang itu untuk terus merempuh masuk ke dalam base pasukan BTR, Sang Raja sekali lagi menang dengan mudah pada minit ke-13.  Ini adalah kali pertama Xinnn bermain kembali bersama pasukannya selepas beliau rehat dari bermain untuk musim ketujuh.

RELATED NEWS

+